Chris Wolstenholme

Chris Wolstenholme
Latar belakang
Nama lahirChristopher Tony Wolstenholme
Kelahiran (1978-12-02) 2 Disember 1978 (umur 45)
Rotherham, South Yorkshire, England
GenreRock alternatif, new prog, space rock, rock progresif, rock simfoni, metal progresif, klasik
PekerjaanPemuzik
InstrumenBes, Vokal latar
Tahun aktif1991–kini
Pengkarya berkait
Muse

Christopher Tony "Chris" Wolstenholme (lahir 2 Disember 1978) ialah seorang pemuzik England, terkenal sebagai pemain bes dan vokalis latar untuk band rock England Muse. Wolstenholme juga kadang-kadang bermain keyboard atau gitar selain bes, walaupun dipegang oleh Morgan Nicholls untuk persembahan secara langsung.

Kehidupan awal dan peribadi

Christopher Wolstenholme dibesarkan di Rotherham, England sebelum berpindah ke Teignmouth, Devon. Ketika tinggal di sana, beliau bermain dram untuk sebuah kugiran post-punk, sementara Matt Bellamy dan Dominic Howard beraksi bersama band lain. Ketika kedua band berlatih di studio sama, Bellamy dan Howard mendekati Wolstenhome dan bertanya jika dia berminat bermain bes untuk band mereka, Rocket Baby Dolls, yang kemudiannya bertukar nama kepada Muse. Wolstenholme ingin menyertai mereka, namun tidak tahu cara bermain bes. Beliau terus mengambilnya dan belajar sendiri.

Pada tahun 2003, ketika kumpulannya mengugut Nestle, ia menjadi alasan utama di belakang itu, menjadi penentang syarikat yang mempunyai reputasi kurang baik ketika mempromosikan susu serbuk kepada ibu baru di dunia ketiga.[1] Ketika itu, isterinya baru sahaja melahirkan anak ketiganya.

Wolstenholme dan isterinya Kelly berkahwin pada Disember 2003 dan telah dikurniakan 6 anak: Alfie, Ava-Jo, Frankie, Ernie, Buster dan Teddi.[2] Chris dikenali amat rapat dengan keluarganya, menghubungi dua kali sehari ketika sedang menjelajah. Pada akhir April 2010, keluarganya berpindah ke Foxrock, Dublin. Beliau mengatakan keputusan mereka untuk berpindah ke Ireland kerana mereka harus tinggal di bandar besar, dan keinginan untuk menghindari London, England. Di NME Awards 2011, telah disahkan bahawa beliau dan keluarganya berpindah ke London, kerana keinginan kumpulannya yang ingin tinggal di bandar yang sama sepanjang pembikinan album baru. Walaupun tidak tinggal di bandar kelahirannya sejak kecil, beliau ialah peminat setia kelab Rotherham United F.C., di bandar kelahirannya.

Majalah The Times menerbitkan artikel pada musim panas 2010 iaitu Wolstenholme mengakui bahawa beliau ialah pemabuk alkohol[3] dan secara terbuka mengemukakan tentang ketagihannya. Beliau dihantar ke pusat pemulihan semasa rakaman The Resistance. Dalam wawancara dengan Q Magazine, didedahkan apabila beliau minum terlalu banyak, akan muntah darah, namun beliau tidak memahami betapa seriusnya situasi itu. Rakan-rakannya telah cuba berbincang kepadanya namun tidak berjaya. Pada akhirnya, Chris menyedari jika beliau tidak berhenti minum maka hidupnya akan berakhir seperti bapanya yang meninggal dunua akibat terlalu banyak minum arak ketika Chris berusia tujuh belas tahun.[4] Sejak itu, beliau berhenti minum alkohol dan mengatakan bahawa hubungannya dengan keluarga dan rakan-rakannya kembali pulih. Beliau juga memiliki kebiasaan merokok setiap hari. Pada tahun 2010, beliau menghisap cerut. Beliau menyatakan di Twitter bahawa beliau telah berhenti merokok, dengan menggunakan rokok elektronik namun mula merokok lagi. Meskipun demikian, pada Mei 2011, Chris telah berhenti merokok.

Wolstenholme menyandang ijazah kedoktoran seni dari Universiti Plymouth.[5]

Muse

Pengaruh terbesarnya terhadap Muse ialah kecintaannya pada muzik heavy rock, dan rakannya telah menyatakan bahwa Chris ialah orang yang membawa muzik rock ke dalam Muse. Ketika rakaman The Resistance, beliau hanya datang ke studio ketika ada sesuatu untuk dirakamkan, dan menghabiskan masanya untuk "mabuk". Pada tahun 2011, pembaca majalah online Gigwise menobatkannya sebagai pemain bes terbaik sepanjang zaman.[6]

Rujukan

  1. ^ "State 2008-04-03 – Muse: A Short History of Everything". Musewiki.org. Dicapai pada 2011-09-13.[pautan mati kekal]
  2. ^ "Muse cancel dates on upcoming North American tour". NME. 21 May 2010.
  3. ^ "Newspaper Large Muse Feature from The Times - Muse Messageboard". Board.muse.mu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-19. Dicapai pada 2011-09-13.
  4. ^ "Magazine New Q Magazine (August 2011) - Muse Messageboard". Board.muse.mu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-28. Dicapai pada 2011-09-13.
  5. ^ "EXCLUSIVE: University honour for rock stars Muse". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-06. Dicapai pada 2020-11-02.
  6. ^ http://www.ultimate-guitar.com/news/entertainment/top_10_bassists_of_all_time.html

Pautan luar

  • MUSE: Bassist Chris Wolstenholme, 8/01/2009 Diarkibkan 2011-07-07 di Wayback Machine
  • Akun Twitter resmi
  • l
  • b
  • s

Ahli jelajah: Morgan Nicholls

Album studio
Album secara langsung
EP
Set kotak
  • Origin of Muse
Video
Single
  • "Uno"
  • "Cave"
  • "Muscle Museum"
  • "Sunburn"
  • "Unintended"
  • "Plug In Baby"
  • "New Born"
  • "Bliss"
  • "Hyper Music/Feeling Good"
  • "Dead Star/In Your World"
  • "Stockholm Syndrome"
  • "Time Is Running Out"
  • "Hysteria"
  • "Sing for Absolution"
  • "Apocalypse Please"
  • "Butterflies and Hurricanes"
  • "Supermassive Black Hole"
  • "Starlight"
  • "Knights of Cydonia"
  • "Invincible"
  • "Map of the Problematique"
  • "Uprising"
  • "Undisclosed Desires"
  • "Resistance"
  • "Exogenesis: Symphony"
  • "Neutron Star Collision (Love Is Forever)"
  • "Survival"
  • "Madness"
  • "Follow Me"
  • "Supremacy"
  • "Panic Station"
  • "Psycho"
  • "Dead Inside"
  • "Mercy"
  • "Revolt"
  • "Aftermath"
  • "Reapers"
  • "Dig Down"
  • "Thought Contagion"
  • "Something Human"
  • "Pressure"
Lagu lain
  • "Assassin"
  • "Who Knows Who"
  • "United States of Eurasia"
  • "The 2nd Law: Unsustainable"
  • "Animals"
  • "Defector"
  • "The Globalist"
Konsert jelajah
  • US Campus Invasion Tour 2005
  • Black Holes and Revelations Tour
  • A Seaside Rendezvous
  • The Resistance Tour
  • The 2nd Law World Tour
  • Psycho Tour
  • Drones World Tour
  • Simulation Theory World Tour
  • Will of the People World Tour
Rencana berkaitan
  • Diskografi
  • Anugerah dan pencalonan
  • Lagu
  • Buku Wikipedia Buku
  • Kategori Kategori
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Amerika Syarikat
  • Republik Czech
Lain-lain