Dia Bidadari Dari Syurga

  • Drama
    Keluarga
    Cinta
    Konflik
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Dia Bidadari Dari Syurga karya Syamnuriezmil.Ditulis oleh
  • PGRs Team
  • Aina Hannez
  • Riqmal EG
PengarahIzzman Hafiz
Dibintangi oleh
  • Halim Radzi
  • Sharifah Husna
  • Julia Farhana
  • Dayana Roza
Lagu pembukaanAndainya - EstrangedLagu penutupAndainya - EstrangedNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod20PenerbitanTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Sazawan Supply Sdn BhdPenyiaranSaluran asalTV OkeyFormat gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal23 Oktober 2020 – 14 November 2020KronologiMengikutiBulan Di Kota LangitDiikuti olehWasiat Dari Jordan

Dia Bidadari Dari Syurga ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Izzman Hafiz, di bintangi oleh Halim Radzi, Sharifah Husna, dan Dayana Roza. Siri ini memulakan tayangan di TV Okey 23 Oktober 2020.[1]

Sinopsis

Marissa Aisya atau Aris seorang graduan dari Melbourne University, Australia tiba-tiba disuruh jadi tea lady di syarikat abinya. Tanpa banyak soal Marissa ikutkan saja. Dia mahu jadi anak yang taat kepada abinya, kerana hanya abinya saja yang tinggal. Arwah umminya sudah lama meninggal dunia. Di pejabat, dia sering di buli oleh Naqib Zakuan, jurutera kekwat yang telah lama bekerja di syarikat abinya.

Zakuan yang baru putus cinta dengan Maisarah, sudah berjanji dengan ibunya yang dia mahu membawa balik kekasihnya ke Sungai Petani minggu itu. Daripada nak sebut nama Maisarah, tersebut nama Marissa. Tak pasal, Marissa kena jadi kambing hitam. Terpaksalah Zakuan membuat rancangan untuk memerangkap Marissa mengikutnya ke Sungai Petani berjumpa dengan ibunya.

Selepas diugut, Marissa akhirnya bersetuju untuk menolong Zakuan. Namun Marissa pecah rahsia kerana tidak mahu memberi harapan palsu pada ibu Zakuan yang di telah dijodohkan dengan calon pilihan arwah umminya. Sekali lagi Zakuan patah hati.

Berjayakah Zakuan melupakan Marissa yang sudah dia anggap bidadarinya? Atau, mengejar cintanya wpun Marissa sudah mahu berkahwin?

Pelakon

Rujukan

  1. ^ Drama Dia Bidadari Dari Syurga mCentralMY